Armada Tiger Airways

Penerbangan ini memiliki armada yang merangkumi pesawat A320-200. Semua pesawat menawarkan kelas ekonomi sahaja dengan 180 tempat duduk.

Pada masa kini, penerbangan ini memiliki 9 buah pesawat dalam armadanya setelah penghantaran dua buah pesawat pada April 2006,[11], pesawat ketiga pada 11 Oktober 2006, pesawat keempat iaitu 9V-TAH pada 23 November 2006, dan yang keliama, 9V-TAI, pada 14 Disember 2006.Pada Julai 2006, syarikat ini mengumumkan persetujuan jual-dan-sewa kembali dengan syarikat GATX Air untuk dua buah pesawat yang akan tiba pada Oktober 2006 dan November 2007. Ia juga mengumumkan yang ia akan mendapatkan lagi 8 buah pesawat ubagi meningkatkan jumlah pesawatnya kepada 20.[12]

Pada 17 Oktober 2006, penerbangan ini telah mengesahkan pembelian lapan lagi pesawat yang akan diterima di antara tahun 2008 dan 2010 dalam satu persetujuan yang bernilai $S780 juta. Pada 4 Januari 2007, Tiger mengumumkan yang ia telah berjaya mendapat pinjaman untuk membiayai pembelian ini dari sebuah bank Perancis, BNP Paribas.

Pada 21 Jun 2007, Tiger mengumumkan yang ia telah menandatangani surat persetujuan untuk membeli lagi 30 buah pesawat berniai $USD 2.2 bilion, dengan lagi 20 buah dalam pilihan. Pesawat-pesawat ini akan dihantarkan di antara tahun 2011 dan 2014.[13]. Pada 10 Oktober 2007, Tiger mengesahkan surat persetujuan yang ditandatanganinya pada bulan Jun 2007. Pesawat-pesawat baru ini akan digunakan untuk rangkaiannya di Asia Pasifik dan juga penerbangan domestik di Australia. [14]

Pada 18 Disember 2007, Tiger mengumumkan yang bilangan pesawat Airbus A320 yang ditempah dahulu ditingkatkan kepada 70.[15]

Rujukan

WikiPedia: Tiger Airways http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20867... http://www.smh.com.au/news/business/tiger-airways-... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu...